Istanbul – Part 5

Bosphorus Cruise

Menikmati keindahan Istanbul dari arah laut memberikan perspektif yang berbeza tentang kota bersejarah ini.

Turyol Collage

Untuk tujuan itu menaiki boat menyelusuri selat Bosphorus merupakan perkara yang mesti dilakukan setiap pengunjung. Masa yang paling sesuai ialah waktu cuaca cerah, tidak mendung dan tidak hujan. Itu sebab kami buat secara DIY, tanpa agensi, dan kami tidak menetapkan hari, asal nampak cerah aja, GO. Lagi satu kalau boleh buat awal pagi dalam pukul 9 pagi atau petang selepas pukul 4 ptg, sebab masa ini pancaran matahari tidak terik, cantik untuk photography.

Maiden's Tower

Maiden’s Tower

Kami menggunakan khidmat Turyol, salah satu company yang menawarkan khidmat Bosphorus cruise ini. Sebab bayaran nya murah, agak selesa dan berlepas setiap 1 jam. So masa akan lebih fleksibel. Tempat berlepas terletak di penghujung Galata Bridge. Masa pelayaran nya juga 1 jam 30 minit, tidak terlalu singkat dan tidak terlalu lama. Just nice kata orang kampung den. Tambang untuk sorang ialah 12 Lira. Antara yang termurah. Kami pernah ditawarkan oleh beberapa agent dengan harga 45 Lira malah ada yang menawarkan 150 Lira sorang.

Bhosphorus_Cruise_8

Ortakoy Mosque

Ferry yang digunakan agak besar dan selesa, tidak kuat goyang dgn alunan ombak Bosphorus. Ombak dia pun pun bukan besar. Dua tingkat, berbumbung dan tertutup serta ruang terbuka. Kalau tak tahan sejuk boleh duduk dalam kabin, tapi kalau nak menikmati pemnadangan yang lebih jelas duduk kat luar cabin.

Bhosphorus_Cruise_2

Rumelli Fotress

Cuma yang agak kurang ialah takde comentator, so pandai-pandai sendirilah untuk kenal tempat-tempay yang dilawati

Pemnadangan sepanjang cruise memang awesome.

 

Bhosphorus_Cruise_1

Kuleli Askeri High School

Dolmabahce Palace

Dolmabahçe Palace

Gambar-gambar yang sempat dirakam.:-

Bhosphorus_Cruise_3

Bhosphorus_Cruise_4

Bhosphorus_Cruise_5

Bhosphorus_Cruise_6

Bhosphorus_Cruise_11

Bhosphorus_Cruise_7

Bosphorus_All

 

Makan Ikan Goreng
Selesai Bosphorus cruise dah agak tengahari, perut pun dah lapar. So the next action ialah cari tempat makan tengahari. Kami pun menuju ke sebuah tempat makan yang kecil tapi sedap. Pernah makan kat sini semasa melawat Rustem Pasha Mosque tempuhari. Terjumpa secara tak sengaja. Tempat ini berhampiran masjid Rustempasa dan Spice Bazaar, tersembunyi di lorong kecil dan agak sukar dicari. Tetapi ikan goreng dia tersangat sedap, awesome dan fresh. Ikan sardin kecil yang digoreng garing . Kedai ini bukan tempat pelancung makan, biasanya penduduk tempatan sekitar Serkecei yang menyinggah disini. Mungkin sebab itu harganya murah, cuma 7 Lira .

Osmanli 1

Selesai makan kami naik tangga ke Rustem Pasha Mosque untuk solat. Selesai solat kami meneruskan perjalanan menuju ke Taksim.

Osmanli 2

 

Galata Bridge
Pemandangan sekitar Galata bridge sangat menarik, memberikan suasana yang tisak selalu dapat dirasa. Burung-burung camar terbang mengelilingi menara Galata, kubah-kubah masjid Sulaymaniye, Rustem Pasha dan beberapa masjid di tersergam indah nun di atas bukit-bukit di sekitar membentuk silhoutte , berlatarbelangkan langit cerah di iringi dengan bahu aroma tembakau epal yang keluar dari kafe-kafe yang terletak di bawah jambatan.

Galata-Bridge-Istanbul

Pada siang hari, jambatan ini menjadi penghubung antara Beyoğlu dan Eminönü meklintasi selat Bosphorus. Jembatan ini sentiasa dipenuhi oleh pengail-pengail tegar yang mencuba nasib, tidak jemu menghulur umpan. Sebelum naik ke jembatan terdapat kedai-kedai terapung menjual sandwich ikan yang dipanggil Balik Ekmek. Di tingkat bawah jembatan ini juga dipenuhi dengan restoran-restoran, boleh lah kalau nak makan sambil menonton feri yang lalu-lalang dari dermaga Eminönü dan Karaköy.

bustling_galata_bridge

Daripada Galata bridge kami berjalan sepanjang Kemeralti Cadessi dan menyeberang ke Tersane Cadessi untuk ke Galata Tower. Memanjat bukit yang curam di Hacik Ali Street, melewati sebuah Hospital dan Masjid yang agak usang Berekzade Ali Effendi di ikuti deretan restoran sebelum sampai ke Galata Tower.

Galata Tower

galata-tower-1

Menara Galata (Galata Kulesi) merupakan salah satu ikon kota Istnabul yang boleh dikatakan exotic. Menara ini terletak di daerah Galata, Beyoglu. Menara batu yang dibina pada abad pertengahan ini mewujudkan landscape yang mempesona lantaran posisinya yang strategik, terletak di  utara tanduk emas (Golden Horn).

Sebagai salah satu landmark kota Istanbul yang memukau, Menara ini juga tempat para pengunjung  menikmati keindahan Istanbul  sambil menhirup Teh Turki (Turk Cay) dan kebab, doner atau lahmajun. Dari atas menara dapat ditinjau ke indahan penjuru kota Istanbul dan juga mesjid-mesjid bersejarah peninggalan Uthmaniyah.

galata-tower-2

 

Dari sudut sejarahnya, sebelum pembebasan kota Konstantinopal oleh Sultan Muhammad Al-fatih pada tahun 1453 Masehi. Menara galata adalah milik koloni Genoa yang dibina pada tahun 1348 sebagai menara pengawas pertahanan kota. Dan lokasi menara ini merupakan puncak dari benteng yang mengelilingi benteng-benteng koloni tersebut. Sehinggalah pada tahun 1717 masehi, Kekhalifahan Usmaniyyah menggunakan menara ini sebagai menara pengawas pertahanan kota Istanbul, namun setelah itu dialih fungsinya sebagai menara pemantauan kebakaran.

 

 

galata-tower-3

Sejarah Penerbangan 

Antara fakta yang menarik tentang menara ini ialah tentang seorang ilmuan pada zaman Uthmaniyah yang bernama Hazerfen Ahmet Celebi yang telah melakukan cubaan penerbangan yang pertama di dunia menggunakan sayap ciptaan nya. Peristiwa ini tercatat pada tahun 1632 , zaman pemerintahan sultan Murad IV. Dengan bantuan angin Lodos penerbangan bersejarah itu berjaya melintasi selat marmara  sepanjang 3358 Meter dan mendarat di wilayah Uskudar bagian Asia Istanbul . Peristiwa penerbbangan bersejarah ini di catat oleh Sejarawan terkemuka Uthmaniyah,  Avlia Celebi di dalam magnum opusnya yang terkenal Siyahatname.

Mungkin ramai yang terkejut apabila mengetahui tentang sejarah ini, kerana selama ini kita telah dihidangkan dengan fakta yang sangat berbeza. Di dalam benak kita bahwa yang merintis dunia penerbangan adalah Right bersaudara yang berhasil menerbangkan pesawatnya pada tahun 1903. Padahal 3 abad sebelum Wright bersaudara, umat Islam  telah telah terlebih dahulu merintis dengan jayanya dunia penerbangan. Bahkan sebelum Hazerfen Ahmet Celebi, jauh lebih awal sebelumnya telah banyak eksperimen yang telah dilakukan ilmuan muslim seperti Muhammad Alzauhari dengan sayap kayunya melakukan percubaan terbang  dari atas mesjid Naysabur. Kemudian Abbas bin Firnas dari Andalusia yang melakukan percubaan terbang dari menara mesjid Andalusia.

Menara ini merupakan menara paling tua di dunia. Didirikan oleh kaisar Rome Anastasius pada tahun 528 dan diberi nama menara penerang ( Fener Kulesi). Pada zaman pemerintahan Sultan Murat III,  Seykh Takiyyudin mendirikan pusat observatorium di menara ini namun pada tahun 1579 pusat observatorium ini di tutup.

Pada masa pemerintahan Sultan Selim III, telah terjadi kebakaran besar yang memusnahkan hampir seluruh menara Galata tersebut. Kemudian kebakaran demi kebakaran senantiasa terjadi. Pada tahun 1965 kerja pembaikan  dilancarkan dan selesai pada tahun 1967. 

Pada  6 June 1973 anak penyair terkenal Turki Umit Yasar Oguzcan yang berusia 15 tahun bunuh diri dengan terjun dari atas menara galata. Pada tahun 2013 menara ini diwartakan sebagai warisan budaya di bawah UNESCO. Pada tahun 1818 dari puncak menara galata ini seorang pelukis Perancis yang bernama Pierre Prevost melakar lukisan horizon Istanbul dan menamakan hasi karyanya seabagai  “ Panorama de Constantinopole” . Karya tersebut mula dipamerkan di Paris tahun 1825.

Dari atas menara ini  dapat dilihat dengan jelas tiga mesjid besar peninggalan kekhalifahan Uthmaniyah antara lain Yeni Cami ( mesjid baru) Sulayman Cami, dan Masjid Sultan Mehmet (blue Mosque).

P1070497_EP1070499_E

P1070501-E

Pemandanngan dari atas menara Galata.

 

Istiklal Street

Selepas turun dari Galata Tower, hari pun semakin petang, so kami menuju ke Taksim Square melalui jalan yang paling sibuk di Istanbul iaitu Istiklal Cadessi.

Istiklal_Street

Istiklal Cadessi atau Street merupakan salah satu landmark tumpuan utama pelancung, dan merupakan tempat wajiblawat jika ke Istanbul. Jalan ini sangat sibuk dan sentias aktif. Dipenuhi dengan gedung-gedung daripada yang berjenama besar shinggalah kapada yang tak berjenama. Kedai, cafe, restaurant, street food, semua ada disini. Panjangnya lebih kurang 1.5km bermula dari menara Galata hingga ke Taksim Square. Hotel banyak dikawasan ini, daripada yang lima bintang sehinggalah yang takde bintang.

Istiklal Collage
Elakkan ke sini waktu hujung inggu terutama Sabtu malam Ahad sebab terlalu sesak. Tidak sesuai bagi mereka yang berjalan dengan anak kecil.