Istanbul – Part 4

Hari ke 3.

Seperti biasa kami akan melawat beberapa tempat sahaja tanpa terkejar-kejar. Hari ini kami ke Grand Bazar kemudian ke Masjid Sulaiman (solat disini) , pastu makan ikan goreng (Balek Salata) kemudian ke  Masjid Rustam Pasha , pastu ke Egyptian Bazar , pekena pomergranate juice, santai dan kemudian menuju Eminonu tram station untuk balik ke Sultanahmet (naik tram).

Day 3-Route

Grand Bazar

Di kota terpadat negara ini, kedai souvenir boleh dilihat merata tempat tetapi  yang paling banyak di Grand Bazaar , pasar tertutup tertua di dunia, berusia lebih dari 500 tahun. Pasar ini telah berdiri sejak tahun 1450-an pada pemerintahan Kekhalifahan Uthmaniyah dan bertahan hingga kini.

grabd Bazar 2

Pasar dgn bumbung dan tembuk batu ini memuat 61 ruas jalan di dalamnya yang menampung lebih dari 3,000 kedai. Tahun 2016, Grand Bazaar merupakan tempat yang paling banyak dikunjungi pelancung, yaitu mencapai 95,275,000 pengunjung.

Lokasinya terletak di old town Sultanahmet, Istanbul, lebih tepat di daerah Fatih, dekat dengan Blue Mosque dan Museum Hagya Sofia, boleh aja kalau nak berjalan kaki. Naik Tram pun boleh. Jalan kaki akan mengambil masa sekitar sekitar 15 minit . Pasar ini buka dari pukul 9 hingga 19.00, kecuali di hari Ahad dan hari kelepasan am. Sebelum masuk, pastikan anda ingat pintu gerbang yang dimasuki.  Sebab, pasar ini terdapat 21 pintu gerbang dengan jalan berliku. Seorang peniaga tempatan sendiri mengaku sampai sekarang belum hafal jalan dan pintu masuk di Grand Bazaar dan seringkali tersesat di dalam.

Grabd Bazar 1

Tersesat disini adalah perkara biasa,  dan kadangkala tefikir juga, mungkin bazar ini direkabentuk sedemikian rupa supaya pengunjungnya mudah tersesat supaya dapat menjelajah lebih lama dan melihat lebih banyak barang. Antara yang termurah boleh dibeli disini ialah dompet khas Turki dengan harga 1 lira, dan antara yang termahal ialah lampu hiasan berwarna-warni yang jboleh mencecah ribuan Lira. Kena tahan selera mata. Seeloknya senaraikan barang-barang yang hendak dibeli. Bersabar jika menemui barang yang berkenan, siapa tahu ada yang lebih baik dan harga yang lebih murah dikedai lain. Bermacam-macam barang dijual disini , sebut saja barangan kulit, karpet, barang antik, bag tangan, key chain, ceramik dan souvenir, hingga kostum . Belilah barang yang benar-benar menjadi ciri khas dan budaya Turki, salah satunya set cawan teh. Warga negara ini adalah peminum teh sejati. Sehari mereka boleh minum lebih dari 10 gelas . Cangkirnya pun unik dan seragam, bentuknya menyerupai bunga tulip.

grabd Bazar 3

Sebagaimana pasa-pasar besar yang lain di Malaysia, pembeli perlu mempunyai kemahiran menawar. Jangan seskali terpedaya atau cair dengah keramahan penjual disini.  Harus menawar sekita 30-50 % darpda harga yang ditawarkan. Jika mereka berkeras, tinggalkan saja, selalu penjual akan memanggil anda untuk kembali berunding dan bersetuju dengan harga .

grabd Bazar 4

 Tidak membeli barang pun tak apa. Tempat ini juga merupakan tempat cuci mata. Mendongak keatas akan kelihatan di langit-langit bazar ini penih dengan ornamen klasik  sejak era Uthmaniyah. Begitu juga di setiap tiang-tiang dan jendelanya yang mewah dengan lukisan, serta  di tiap pintu gerbangnya. Sesungguhnya Grand Bazar ini bukan sekadar pasar yang telah berfungsi selama ratusan tahuan tetapi merupakan museum atau karya agung peninggalan  empayar Uthmaniyah.  Bayangkan, di abad ke-15 pasar ini dipenuhi saudagar dari berbagai negara, berdagang barang khas daerah mereka.

grabd Bazar 6

Manisan Turki di Grand Bazar

 

Masjid Sultan Sulaiman.

Sulaymeniye Mosque 002

Salah satu Masjid yang berdiri megah di kota Istanbul, juga dikenali sebagai Suleymaniye Camii atau Masjid Suleiman. Ciri-ciri senibinanya jelas diadaptasi daripada Masjid Hagia Sophia, konsep symetric ditonjolkan sebagai lambang garis kekuasaan para sultan yang memerintah Turki pada zaman Uthmaniyah.

Sulaymeniye Mosque 005

Di dalam kompleks masjid ini di antaranya terdapat ruang berdoa (cami), dapur awam (imaret) yang digunakan untuk memberi makan orang-orang miskin yang datang, dan rumah sakit (darussifa). Mimar Sinan, telah dipertanggungjawabkan untuk  merekabentuk  masjid ini dan memang mendapat perintah membuat masjid dari Sultan Suleiman 1.

Sulaymeniye Mosque 003

Masjid Suleiman ini sememangnya salah satu bangunan terindah pada zaman Uthmaniyah, selain megah, hiasan di bahagian dalam masjid ini juga sangat indah dan mewah.

Sulaymeniye Mosque 006

Mula dibina pada  tahun 1550 dan selesai tujuh tahun kemudian. Bangunan utama masjid berukuran panjang 59 meter dan lebar 58 meter, mempunyai 28 kubah dengan kubah utama setinggi 53 meter dan berdiameter 27,25 meter.Didirikan juga menara yang tinggi menjulang keempat sisinya. Dinding bagian dalam dihiasi dengan decorative ceramik , batu granit, permata, dan gading gajah. Masjid makin indah dengan hiasan kaca berwarna di seluruh jendela hasil karya Sarhos Ibrahim. Pernah terbakar semasa perang dunia I, namun Masjid Suleiman berhasil diperbaiki pada tahun 1956.

Sulaymeniye Mosque 007

Pada ketika itu masjid biasanya hanya mempunyai satu menara, digunakan muadzin untuk melantunkan seruan adzan. Masjid Suleiman adalah masjid pertama yang mempunyai empat menara. Dua menara bertinggi 76 meter dan dua lainnya bertinggi 56 meter. Jumlah menara melambangkan Sultan Suleiman I sebagai Sultan keempat kesultanan Istanbul, Turki. Beberapa sumber juga menyebutkan pula bahwa empat menara melambangkan Masjid Suleiman yang dibangun oleh seorang Sultan. Jika masjid dibangun oleh seorang pembesar atau menteri, maka masjid tersebut hanya memiliki dua menara. Sementara itu jika masjid dibangun oleh orang biasa maka jumlah menaranya hanya satu. Selain menara, jumlah balkoni di Masjid Suleiman juga mempunyai makna khusus. Balkoninya  yang berjumlah sepuluh melambangkan kedudukan Sultan Suleiman sebagai sultan kesepuluh dalam  Dinasti Uthmaniyah.

Sulaymeniye Mosque 008

 

Masjid Rustam PashaRustem Pasha2

Satu lagi legasi Uthmaniyah yang sangat unik. Berbentuk segi lapan hasil sentuhan dari arkitek lagenda Mimar Sinan.

Rustem Pasha3

Walaupun saiznya tidak sebesar Blue Mosque atau Masjid Sultan Sulaiman, daya tarikkan utama masjid ini ialah pada hiasan dalamannya dimana penggunaan tile seramik Iznik digunakan secara sangat meluas dan mewah. Tidak ada masjid di Turkey yang menggunakan seramik jenis ini semewah masjid ini. Iznik merupakan salah sebuah daerah di Turki yang terkenal dengan hasil seramik yang cantik dan berkualiti tinggi.

Rustem Pasha4

Seramik-seamik Iznik dengan corak berkonsepkan flora dan geometry berwarna kemerahan mendominasi permukaan dalaman masjid ini. Meliputi sehingga ke mehrab dan mimbar dan juga tiang-tiang. Begitu juga di sebelah kiri pintu masuk utama. Adunan warna merah lembut, hijau, hitam dan juga ungu ditampilkan dengan gaya nuansa Damascus dalam variasi yang sangat harmoni, tidak jemu mata memandang.

Rustem Pasha5

Terdapat juga pintu-pintu yang diperbuat dari kayu berukir. Di bahagian langit-langit pula dihiasi dengan ornament bersepuh ‘kalemisi’. Konsep segi lapan bukan sahaja di bangunan utama tetapi juga tiang2nya juga bersegi lapan.

Rustem Pasha6

Masjid yang masih berdiri megah ini mempunyai sejarah yang agak panjang. Rustem Pasha adalah seorang yang berasal dari Bosnia. Beliau berasal dari seorang budak suruhan yang dibawa oleh kerajaan Uthmaniyah ke Istanbul. Setelah menjalani beberapa sessi latihan dan pelajaran yang ketat beliau kemudian ditugaskan sebagai kakitangan Istana Topkapi. Kepintaran beliau telah mendapat perhatian Sultan Sulayman dan telah melantik beliau sebahai penjaga perbendaharaan. Bertitik mula dari sinilah bintang beliau terus bersinar sebagai alah seorang pembesar Istana, dan lama kelamaan beliau semakin rapat dan menjadi orang kepercayaan Sultan.

Rustem Pasha7

Beliau adalah Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Uthmaniyah iaitu selama
lebih dari empat belas tahun (1544-1553 dan 1555-1561), lebih lama daripada Ibrahim Pasha (1523-1536) dan Sokollu Mehmed Pasha (1565-1579). Beliau pernah dipecat pada tahun  1553, berikutan penglibatannya dalam kes pembunuhan  Şehzade Mustafa , putera Sultan Sulayman , namun beliau telah dilantik semula tidak lama kemudian.
Tidak diragukan, Rüstem adalah salah seorang  hamba kegemaran Süleyman the Magnificent (r. 1520-1566).

Rustem Pasha8

Sebagai Perdana Menteri, Rüstem Pasha memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan Uthmaniyyah. Banyak memberikan idea-idea baru dalam pentadbiran dan juga prasarana, senibina-senibina di  Istanbul mekar pada zaman nya, begitu juga dengan budaya kesusateraan menyubur ketika itu.

Rustem Pasha9

Beliau berkahwin dengan satu-satunya puteri Sultan Sulayman iaitu Mirhimah. Mirhimah adalah Puteri dari salah seorang gundik Sultan Sulayman (akhirnya menjadi isteri yang sah ) yang bernama Hurrem Sultan.

Pasar Rempah.

Tidak jauh daripada Masjid Rustam Pasha tereltaknya Pasar Rempah atau dikenali juga Egyptian Bazar. Konsepnya lebih kurang dengan Grand Bazar tetapi lebih kecil. Direkabentuk oleh seorang arkiyek bernama Koca Kasim Aga dibina pada tahun 1660. Diresmikan pembukaan nya oleh Sultanah Turhan Hatice, ibu kapada Sultan Mehmed IV.

istanbul-egyptian-bazar-08-1000 (1)

Mempunyai 85 buah kedai yang menjual rempah-ratus, manisan Turki, teh Turki, barang kemas, cendramata, kekacang dan buahan kering. Dibuka pada 8 pagi dan tutup 7 malam setiap hari kecuali Ahad dibuka 10 pagi hinggan 6 petang. Ditutup pada hari kebesaram Islam dan cuti umum.
Kena berhati-hati jika membeli barang disini. Banyak yang tiruan.

spice bazar