Istanbul – Part 3

Basilica Cistern

Disebut sebagai underground katedral atau Basilika Cistern atau disebut juga  Yerebatan Sarnıci. Sebuah struktur kuno di bawah tanah. Sebagai seorang Jurutera Struktur dan Civil saya amat kagum dengan tempat ini.

basilica-cistern

Bagaimana dalam kurun 6 manusia pada masa itu sudah mempunyai teknologi pembinaan yang memerlukan kepakaran kejuruteraan yang tinggi. Dari sagi rekabentuk struktur, saiz tangki yang berukuran 143 meter panjang dengan 65 meter lebar serta ketinggian 128 meter, tak dapat dibayang jumlah tekanan yang dihasilkan daripada quantity air sebanyak itu. Dan untuk menapung tekanan tersebut memerlukan strukutur binaan yang kukuh dengan foundation yang mampu menampung beban setinggi 100,000 ton supaya tidak berlaku mendapan, begitu juga dengan lantai dan dinding yang mampu menampung daya tekanan dari setiap arah supaya tidak berlaku retakan, itu belum lagi mengambil kira tentang water proofing system untuk mengelakkan resapan dan leaking.

Apa yang dapat saya perhatikan  ialah beban daripada lantai bahagian atas ditampung oleh arch structuctres kemudian beban tersebut dipindahkan ke tiang-tiang lalu ke foundation. Konsep arch structure digunakan secara keseluruhan, sebab pada zaman itu penggunaan besi tetulang (steel reinforcement) masih belum ujud.

Seperkara lagi yang menarik perhatian bagaimana mereka mengurus tadbir untuk mempastikan ianya mampu berfungsi sebagai tangki air untuk membekalkan air ke bandar Konstantinopal yang kebanyakkan nya berbukit, bagaimana mereka pada waktu itu mengatasi masaalah tekanan yang diperlukan untuk mempastikan bekalan air sampai. Mungkin kah sistem pump telah ujud ketika itu.?

Sesungguhnya Basilica Cistern ini adalah sebuah legasi kejuruteraan yang serba lengkap, baik dari segi geotechnik, hydraulic dan hydrology, struktur dan juga pengurusan bekalan air.

Dibina oleh Kaisar Justinian I salah seorang Kaisar Bizantine. Terdapat lebih kurang 336 buah tiang bagi menampung slab bahagian atas.

Bangunan ini merupakan salah satu bangunan sejarah yang telah lama hilang dan ditemui oleh seorang warga Francis bernama Peter Gyllius pada tahun 1545.

209425_24280

Disudut kiri hujung bangunan ini  boleh dielihat dua kepala Medusa. Kedua kepala yang digunakan sebagai asas tiang. Terdapat berbagai mitos dan cerita rakyat mengenai kepala Madusa tersebut kerana susunan satu dalam kedudukan terbalik dan satu lagi berkedudukan biasa. Pada saya bentuk kepala tersebut hanyalah sekadar ukiran, yang mungkin dibuat kemudian . Kedua-duanya mempunyai fungsa yang sama iaitu sebagai foundation struktur tiang.

Istana Topkapi

topkapi_palace_001

Sebuah lagi mercu tanda kegemilangan empayar Uthmaniyah ialah Istana Topkapi yang terletak di selat Bosforus. Meski pun sekarang ianya berfungsi sebagai sebuah museum, tetapi kurang dari satu abad lalu tempat ini merupakan kediaman Sultan, permaisuri serta para pelayan setianya.

Istana ini dibina antara 1466 dan 1478 M atas perintah Sultan Mehmet II. Setelah penaklukkan kota Istanbul pada tahun 1453, baginda memerlukankan sebuah tempat yang sesuai untuk bersemayam. Topkapi didirikan di atas runtuhan banguan purba para kaisar Bizantium. Hal ini guna menunjukkan kelanjutan dari kekuasaan dan kegemilangan empayar Uthmaniyah. Menjelang akhir abad ke 15, istana ini menjadi tempat tinggal utama para sultan-sultan.

Dalam bahasa Turki, “Topkapi” bermaksud Gerbang Meriam. Nama tersebut diambil dari meriam-meriam besar yang ditempatkan di depan gerbang istana. Meriam inilah yang digunakan ketika merebut kota Istanbul yang dahulu dikenal sebagai Konstantinopel.

Pada tanggal 3 April 1924, Istana Topkapi dengan resminya menjadi sebuah museum, dan merupakan yang pertama dalam sejarah Republik Turki.

Sebagai Kediaman Sultan

Pada peringkat awal istana ini didiami oleh sekitar sekitar 700-800 penghuni istana, namun seiring waktu berlalu penghuni istana pernah mencecah sehingga 5000 penguni. Istana ini terdiri daripada terdapat tiga bahagian : Istana Tua, Istana Baru dan Istana Yidiz. Yang dikenal sebagai Istana Topkapi sebetulnya adalah Istana Baru.

Istana Tua adalah bangunan pertama yang didirikan setelah penaklukan kota Istanbul . Mengalami kerosakkan akibat kebakaran pada tahun 1514, dan kebanyakan penghuninya berpindah ke Istana Baru.

Istana Baru dibina pada zaman Mehmet II ,  merupakan sebuah kompleks  yang terdiri daripada bangunan-bangunan pentadbiran, pavillion, pemandian awam (Hammam) , bengkel kerja, dapur umum, ruang tidur dan sebagainya. Semua kehidupan pribadi dan politik para sultan berputar di dalam kompleks istana ini. Mesyuarat Sultan dengan para penasihatnya diadakan di sini, merayakan kemenangan tentera juga di sini, merancang strategi penaklukkan juga disini. Secara tidak langsung, Istana Topkapi menjadi pusat keluarga diraja, pusat pentadbiran serta pusat budaya.

Jantung Sebuah Harem

Menurut pendapat ramai cendikiawan Barat, Harem merupakan tempat tinggal ratusan wanita yang menjadi gundik beserta serta anak-anak mereka. Tempat ini juga menjadi tempat anak-anak para pembesar tinggal hingga berusia 16 tahun.

Nama Harem diambil dari kata Haram yang berasal dari bahasa Arab. Kebanyakan pria dilarang keras memasuki bagian istana ini. Sebelumnya merupakan tempat yang terpisah dari kediaman sultan. Namun hal ini berubah, ketika seorang gundik yang pintar dan cantik dapat memikat hati Sultan Suleiman (The Madnificent). Gundik yang seorang ini lahir dari sebuah wilayah di Poland dan nama asalnya ialah  Alexandra, tetapi Sultan Sulayman lebih gemar memanggil beliau sebagai Hurrem yang bermaksud “si ceria”. Hurrem telah menggunakan kepintaran dan kecantikkan beliau untuk memujuk Sultan Sulayman supaya mengiktiraf hubungan mereka berdua bukan sekadar gundik tetapai sebagai suami isteri yag sah. Dan beliau telah berhasil.

 Menurut catatan Andrew Colt dalam bukunya:

“Ketika sebuah kebakaran mengancurkan Istana Tua, Roxelana [panggilan Alexandra] menggunakan ini sebagai alasan untuk hidup di Istana Baru – yang dikenal sebagai Topkapi . Dia membawa para pelayan pilihan nya, yang berkulit hitam maupun putih, para pembantu dan lainnya. Ketika sudah berpindah, dia tidak beranjak pergi. Harem akhirnya bercantum dengan pusat pemerintahan”

Pusat kekuasaan di Harem terletak disebuah apartment yang dipanggil  Valide Sultan, yang dikawal sepenuhnya oleh Ibu atau Permaisuri  Sultan. Mereka adalah wanita-wanita yang berpengaruh dalam Kesultanan Uthmaniyah. Valide pertama yang berkuasa besar adalah Hurrem Sultan, gundik yang berasal dari Poland yang berjaya menjadi permaisuri , turut juga terkenal adalah Nurbanu Sultan, permaisuri dari Selim II dan juga Kosem Sultan, permaisuri Ahmed I. Para wanita ini sangat cerdik dan memiliki kepakaran untuk mengurus tadbir Harem.

Beberapa aksesoris dari Istana Topkapi terkait kehidupan wanita yang menguasai tempat ini di abad ke 16, tetapi kebanyakan sekarang merupakan peninggalan dari abad ke 19 dan awal abad ke 20.

Topkapi Collage

Kehidupan baru Istana.

Istana Topkapi memiliki jumlah arkib simpanan dan perpustakaan yang luar biasa. Terdapat sekitar 300 ribu dokumen yang disimpan. Taman di Istana Topkapi sangat kaya dengan bunga dan tanaman seperti mawar, tulip, hyacinth dalam tradisi Ottoman. Ketika istana dirubah menjadi museum, untuk pertama kalinya masyarakat umum boleh mengunjunginya.

Museum ini memiliki banyak koleksi peninggalan mereka yang telah mendiami tempat ini sepanjanga selama 400 tahun. Koleksi yang dipamirkan ketika ini hanya sebagian kecil. Sebahagian besarnya tersimpan dalam gudang penyimpanan. Selain lukisan, perhiasan dan barang pribadi milik sultan dan keluarganya, terdapat juga beberapa peninggalan yang terkait dengan masa Nabi Muhammad SAW.

topkapi_palace_005

Istana Topkapi kini menerima pengunjung sepanjang musim sepanjang tahun. Tempat ini sekarang menjadi pusat pembelajaran budaya Uthmaniyyah.