Istanbul – Part 1

Arrival di Sabiha Gokcen

Mendarat di lapangan terbang Sabiha Gokcen pada pukul 8.30 pagi. Proses imigresyen dan bagasi mengambil masa lebih kurang 40 minit. Untuk makluman lapangan terbang ini terletak di bahagian Asia dan agak jauh dari Istanbul. Transport untuk ke pusat bandar agak tricky tapi takdelah susah. Option paling senang ialah buat arrangement dengan hote, tapi mahal sikit lah. Atau arrange dgn private transfer atau taxi. Kami pulak ambik option yang paling murah dan adventorous. Kejap lagi cerita.

Sebelum memulakan apa-apa langkah, kena dapatkan Turkish Lira, kalau tak nak gerak macamana?. Kami ada bawak sedikit Euro untuk tukar ke Lira kat money changer, tapi kami lebih gemar guna ATM. Tapi jangan lupa kalau nak guna ATM kena inform Bank kat Msia untuk activate transaksi antarabangsa.

Pastikan ada note-note kecik supaya senang nak bayar tambang atau nak makan. Lagi banyak duit2 kecil lagi bagus, syiling pun takpe. Istanbul ni ramai sangat penipu, kalu boleh masa beli barang dan naik teksi bagi duit cukup2, atau note yang baki minimum, jangan sesekali bagi note besar, alamat baki tak dapat balik.

Arrival Route2

Route perjalanan dari Sabiha ke Sultanahmet. Dari Sabika ke Kadikoy dengan Bus Havatas, dari kadikoy ke Eminonu dengan ferry, dari Eminonu ke Sultanahmet dengan ferry.

Perjalan daripada Sabiha Airport ke hotel kami yang terletak di Sultanahmet ambik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Agak lama, leceh dan memenatkan. Tapi sangat adventourous, menarik, pemadangan cantik, malah perjalanan yang cover sebahagian daripadar Istanbul. Keluar daripada balai ketibaan, diseberang jalan terdapat deretan bas-bas Havatas berwarna putih (takdelah putih sangat mcm biru muda pun ada, mcm kelabu pun ada)

Havatas

Kami tanya driver bus untuk ke Kadikoy. Tambang untuk ke Kadikoy ialah 9 lira, sangat selesa, bersih, sangat punctual, beg simpan kat bawah (mcm kat Msia jugak). Perjalan lebih kurang 60 minit.

Sampai Kadikoy jalan kaki sikit ke dock ferry Sehir Hatlari, dock yang ada signage Eminonu (destinasi berikutnya). Perjalanan ferry dari Kadikoy ke Eminonu dalam 15 minit dengan tambang 2.15 lira dan boleh guna Istambulkart. Pemandangan dari ferry sangat cantik, especially sebelum sampai Eminonu. Hagia Sophia dan Blue Mosque dan Sulaimaniyah Mosque sangat memukau dari sudut sini.

Arrival Route1

Perjalanan ferru dari Kadikoy ke Eminonu

Ferry scene2

Docking ke Ferry Kadikoy- Eminonu.

Ferry scene3

Ferry scene1.jpg

Pemadanngan dari ferry Kadikoy – Eminonu.

Dari Eminonu kami naik Tram utuk ke Sultanahmet dan jalan kaki ke hotel di Star Holiday.

Itinerary

IstanbuliAntara tempat-tempat yang kami lawati sepanjang 7 hari ialah : Blue Mosque, Hagia Sofia, Topkapi, Grand Bazaar, Valen Aquaduct, Fateh Mosque, Shezade Mosque, Suleymaniye Mosque, Rustam Pasha Mosque, Galata Tower, Galata Bridge, Mini Aya Sofya, Ali Sarifi Mosque, Egyptian Market, Eyup, Bhosphorus Cruise.

Istanbuli-1

Sampai Hotel dah tengahhari, so kita orang terus ke Blue Mosque untuk solat Zuhur dulu. Kebetulan Blue Mosque hanya seberang jalan dari hotel kami. Iaitu kira-kira 250m.

Blue Mosque

Sultan Ahmed Mosque atau Blue Mosque dibina anatara tahun 1609 hingga 1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Mendapat jolokkan Masjid Biru atau Blue Mosque disebabkan Jubin biru berlukisan tangan dibahagian dinding dalamnya. Mempunyai 5 kubah utama dan lapan kubah kecil dan keliling dengan enam menara yang tersergam megah. Keindahan laut marmara dapat dilihat dari masjid ini terutama waktu maghrib. Masjid ini menjadi maskot icon kota Istanbul dan merupakan masjid terbesar di Turki.

blue Mosque 2

Sejarah

Sultan Ahmed I telah memberikan kepercayaan kapada seorang arkitek bernama Sedefhar Mehmet Aga untuk membangun masjid ini. Sedefhar adalah anak murid kapada Mimar Sinan, seorang arkitek tersohor zaman Uthmaniyah. Pada awalnya, Sultan Ahmed I menginginkan supaya menaranya dibuat daripada emas. Kata emas dalam bahasa Turki adalah ‘Altin’. Tetapi telah disalahtafsirkan oleh Sedefhar sebagai alti, yang dalam bahasa Turki bermaksud 6. Maka terbinalah sebuah masjid yg memiliki 6 menara. Namun Sultan Ahmed tidak pula murka kerana terlalu terpukau dengan kecantikkan konsep keenam menara yang sangat unik itu.

Disebabkan oleh jumlah menara yang sama dengan Masjidil Haram di Makkah ketika itu, Sultan Ahmed I mendapat kritikan hebat dari seluruh umat Islam, dan untuk meredakan kritikan tersebut beliau membiayai pembinaan menara ketujuh untuk Masjidil Haram.

Sebuah rantai besi yang berat dipasang di atas pintu gerbang masjid sebelah barat. Seamasa hayatnya hanya Sultan Ahmed I yang boleh memasuki halaman masjid dengan menaikki kuda. Menurut salah satu theory , rantai ini dipasang agar Sultan Ahmed I menundukkan kepalanya setiap kali melintas masuk agar tidak terantuk rantai tersebut. Sebagai simbul tunduknya seorang hamba kapada Penciptanya. Wallahuwa’alam

Sultan Ahmed I meninggal dunia ketika berumur 27 tahun, atau 1 tahun setelah selesainya pembangunan masjid ini. Jenazah beliau dimakamkan di halaman masjid ini, begitu juga isteri dan ketiga puteranya.

Masjid Biru ini dibangunkan antara sebabnya ialah untuk menandingi bangunan Hagia Sophia terletak bersebelahahan yang dibina oleh Byzantine. Dulunya bangunan ini adalah sebuah gereja sebelum ditukar menjadi masjid pada tahun 1453 M oleh Sultan Mohamad Al Fateh dan kini ianya sebuah museum.

blue Mosque 3

Bahagian dalaman masjid ini dihiasi dengan 20,000 kepingan ceramik dari Iznik berwarna biru, hijau, ungu, dan putih. Ornamental bunga-bungaan dan tanaman berjalar diukir sangat indah menerbitkan suasana kebiruan yang lembut daripada pancaran cahaya matahari yang masuk melalui 200 buah jendela-jendela kaca yang berwarna-warni terutama waktu lewat petang sebelum senja. Begitu juga dengan pantulan-pantulan cahaya keatas tiang-tiang marmar, menghasilkan adunan suasana damai dan tenang ditambah lagi dengan bantuan cahaya chandelier. Seni kaligrafi ayat Qur’an yang menghiasi ruang dalam masjid ini adalah hasil karya Seyyid Kasim Gubari, salah seorang kaligrafer terbaik pada masa itu. Mehrabnya juga dari marmer yang dipahat dengan hiasan stalaktit dan panel incritive dobel di bahagian atasnya. Tembok disekitarnya dipenuhi dengan ceramik.

blue Mosque 5

Sesuatu yang menarik , masjid ini direkabentuk sedemikian rupa agar walaupun dalam keadaan paling penuh sekalipun, semua yang ada di masjid tetap dapat melihat dan mendengar Imam. Menunjukkan betapa majunya teknologi aquistik dan penggunaan ruang pada ketika itu.

Blue Mosque 1

Masjid ini masih lagi berfungsi sehingga sekarang, boleh menampung sehingga lebih kurang 10 ribu Jemaah dan masih menjadi tumpuan para pelancung.

 

 

 

 

 

 

 

 

Part 2