Iran – Part 1

Iran sebuah negara terletak dipertemuan Timur Tengah dan Selatan Asia Tengah, antara Teluk Oman di sebelah timur , teluk Farsi di selatan dan Laut Caspian di utara. Bersempadan Iraq di sebelah Barat, Azerbaijan dan Armenia di barat laut, Turkmenistan di timurlaut dan Pakistan/Afghanistan disebelah tenggara.

Iran Map2

Sebelum ini dikenali sebagai Farsi sehinggalah 1935 ditukar namanya kapada Iran hingga sekarang. Menjadi Republik Islam selepas penggulingan Shah Iran pada 1979 oleh Ayatollah Khomeini. Majority oenduduknya ialah Islam Syiah 85% , sunni 10% , lain-lain agama 5 % seperti Yahudi, Kristian dan Zoroastrian

Iran Map

 

 

Lawatan kami tertumpu kapada 2 tempat :

Dizin – 3 hari 2 malam dan Isfahan 4 hari – 3 malam. Sepatutnya cover Syiraz sekali tapi tak sempat. Lain kali Insya Allah.

 

 

 

 

DIZIN

Dizin1 CollageDizin, merupakan resot ski terbesar di Iran, terletak di banjaran Albouz 75 km dari Tehran, mula beroperasi pada 1969. Dengan ketinggian 3,600 m menjadikan antara 40 resort ski tertinggi di dunia dan mmenyebabkan musim salji disini (December hingga May) lebih panjang daripada kebanyakkan resort ski di eropah. Dilengkapi dengan 19 buah cottage, 5 buah restaurant, beberapa villa dan apartment peribadi. Terkenal dengan aksi sukan ski dan sow board dikalangan penduduk tempatan dan jugak pro dari luar terutama Australia, Jerman dan Denmark. Dizin menjadi tumpuan peluncur ski prfesional sebab snow powder (Japanese powder) yg unik dan tahan lama.

IKA CollagePenerbangan dengan Air Arabia dari Sharjah (SHJ) ke International Khomeini Airport IKA) mengambil masa kira-kira 2 jam. Kami tiba di IKA lebih kurang 2.30 ptg dan harus tiba di Dizin kalau boleh sebelum gelap. Airport agak modern, sistematic, luggage claim and immigration pun agak efficient . VISA tak perlu utk Malaysian Passport.

Selepas proses immigration dan bagasi kami terus keluar untuk mencari kenderaan ke Dizin. Terdapat booth teksi diluar balai berlepas tetapi tiada orang disitu. Terdapat beberapa deretan taksi di tempat parking di seberang jalan, dan kami approach salah seorang dari mereka dan bertanya harga untuk menghantar kami sekeluarga ke Dizin. Mereka meminta USD150 untuk sehala. Sebenarnya kami telah buat beberapa semakkan sebelum ini, harga teksi sekitar USD100. So kami bagitahu diorang yang harga mereka minta terlalu mahal, dan harga sepatutnya ialah USD100.00. Dan mereka menjawab kenderaan yang akan membawa kami ialah MPV, bukan kereta biasa, dia kata beg kami banyak dan oenumpang 6 orang, so kena MPV dan MPV harga nya memang USD150. Runding punya runding akhirnya kami bersetuju dengan USD120.00. Untuk maklumat untuk ke Dizin hanya boleh menaiki taxi, Van or private car (teksi sapu) .

Tips : Elakkan guna private car (kat Msia panggil teksi sapu) sebab mereka ni selalu pandu laju and jalan ke Dizin berliku-liku dan banyak selekoh tajam, agak mernahaya. Banyak fatal accident berlaku . Kalau boleh cari pemandu taxi atau van yg pandai berbahasa Inggeris, boleh jugak mintak dia explain tentang tempat-tempat yang dilalui sepanjang perjalanan.

Dizin Collage

Landscape Tehran – Dizin

Perjalanan dari Tehran ke Dizin lebih kurang 3 jam, dan pemandangan terutama di kawasan pergunungan amat memukau.

Tips : Walaupun Iran guna Toman sebagai mata wang, tapi tak perlu tukar duit ke Toman, just bawak USD, sebab USD is more preferable. And in case nak Toman boleh tukar kat money changer di Iran, kat airport pun ada. Dan kalau nak tukar USD tukar di Money Changer sahaja, dont ever exchange your currency on the street.

Dizin2 Collage

Pemandu teksi kami bernama Khaldun, fasih English, very friendly and knows about the area, so dia banyak bagi explainantion dan jugak recommend few places utk berhenti ambik gambar.

Tips : Avoid travelling on this road on Thrusday and Friday, can be dangerous due to high volume of traffics. Ingatkan driver taxi supaya bawak jgn terlalu laju. Sediakan plastic, manalah tahu mabuk.

dizin3 Collage

Setelah hampir 3 jam dalam taxi akhirnya kami sampai ke destinasi. Kami menginap di Hotel Dizin. The hotel is basic but clean. Breakfast included. Hotel ini terletak kira-kira 5 minutes walking to the skiing lifts. Staff hotel agak peramah and speaks fluent English. Kami booking hotel guna travel agent di Dubai, sebab takde online booking. Dan bayaran secara cash, sebab di Iran credit card tak boleh guna. So utk travel ke Iran kena bawak cash. The hotel accepted USD. Dan sepanjang penginapan kami, pihak hotel menyimpan passport kami. Pada mulanya agak kurang selesa dan risau. Tetapi memang mcm itu di Iran, dah menjadi polisi mereka menyimpan passport pengunjung.

Dizin 15

Selesai urusan chek in, st sekali yang kami lakukan ialah makan. Memang kebulur beb, sepanjang perjalanan dari Sahrjah tidak makan apa-apa keuali minum air mineral. Last sekali kami makan ialah breakfast di airport Sharjah. Kami pun order makanan typical Irani iaitu Zaffran Rice with grilled fish. Orang Iran agaknya tak suka makan dgn kuah. Makanan nya agak kering tapi sedap.

Dizin 16

Peralatan kat sini agak kurang canggih compared to Europe, tapi tersangat murah. Dengan USD20 boleh snowboarding atau skiing the whole day. Kalau kat Switzerland, tiket gondola pun tak lepas.

 

Dizin All Collage

Tidak perlu risau jika tidak membawa peralatan ski atau snow board. Kat sini ada beberapa buah kedai yang menawarkan alat-alat tersebut untuk disewa dengabn kadar yang berpatutan. Dan bagi yang tak reti skiing atau snowboarding, beberapa instructor menawarkan on site training dengan bayaran. Pandai-pandailh runding dengan mereka.

Setelah berada di Dizin selama 2 malam, kami pun bersiap untuk ke destinasi berikutnya, Iaitu Isfahan. Untuk ke Isfahan kena patah balik melalui jalan yang sama menuju ke Tehran. Daripada Tehran naik pesawat Iran Air menuju ke Isfahan.

Selepas check out kami menggunakan taxi van yg sama (pre book) menuju ke  Mehrabad International Airport (THR). Iran ada 2 airport, main airport is Imam Khomeini International  Airport dan Mehrabad  is the 2nd airport. Most domestic flight flew from Mehrabad.

Penerbangn dari Mehrabad ke Isfahan Cuma sejam dgn Iran Air. Dari Isfahan International Airport kami naik teksi  selama 30 minit menuju ke Kowsar Hotel Isfahan.