Iran – Part 2

ESFAHAN

Hidden Jewel of Persia.

Pernah menjadi Kota yg terbesar di dunia. Malah pada kira2 500 tahun dahulu Isfahan lebih besar dari London dan more cosmopolitan than Paris. Telah di isytiharkan sebagai Heritage Site oleh UNESCO. Terdapat banyak Senibina yg sungguh indah sejak dari kurun ke 11 hingga ke 19.

3ae50a68c63e795da91517fceaa093f2--beautiful-mosques-beautiful-buildings

Jika di Istanbul, terkenal dengan hasil kerja Mimar Sinan sebagai akitek yg membina banyak  monument tersohor termasuk Suleymeniye Mosque. Sedefker Mehmed arkitek Blue Mosque merupakan anak murid beliau. Di Isfahan pula, kebanyakkan monument dan masjid dibina oleh Shah Abbas, termasuk Chehel Sotoun, Imam Square, Masjid Loftollah dll.

Isfahan adalah salah satu kota terpenting dalam sejarah peradaban Islam. Beberapa dinasti Islam sempat menjadikan kota itu sebagai pusat pemerintahan, seperti Timurid, Buwaih, Seljuk, dan Safawi. Di zaman kegemilangan Islam, Isfahan menjadi pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan, dan perdagangan.

Namun sebelum itu , wilayah Isfahan telah dihuni oleh manusia di zaman pra-sejarah, iaitu sejak zaman Palaeolitik. Bahkan, penemuan-penemuan artefak baru arkiologis menunjukkan tanda penempatan seawal zaman Mesolitik, Neolitik, zaman Besi dan Perunggu.

Semasa zaman pemerintahan Elamite, Isfahan dikenali sebagai Aspandana. Setelah itu, Isfahan juga  menjadi kota terpenting bagi Dinasti Median. Wilayah Isfahan dari zaman ke zaman menjadi rebutan para raja.

Kota itu juga pernah menjadi sebahagian dari kerajaan Empayar Achaemenid. Setelah wilayah Iran dibebaskan dari cengkaman Macedonia oleh Arsacid, ianya diperintah pula oleh Kerajaan Empayar Parthian .  Pada zaman itu,  Isfahan menjadi pusat dan ibukota yang dipimpin oleh govenor Arsacid.

Pada era kekuasaan Sassanid, Isfahan dipimpin oleh “Espoohrans” atau anggota keluarga tujuh orang suci iran yang memiliki kedudukan terpenting di istana. Kota Isfahan juga menjadi tempat tinggal keluarga suci itu. Pada zaman itu, kota tersebut menjadi pusat tentera dengan benteng pertahanan yang amat kukuh.

Kota Isfahan memasuki era baru ketika peradaban Islam semakin kuat. Isfahan berada dalam wilayah kekuasaan Islam pada zaman Kekhalifahan Abbasiyah. Saat itu, Abbasiyah dipimpin oleh Khalifah Al-Mansur. Ketika kekuatan Abbasiyah mulai menurun, pada abad ke-10 M, kota Isfahan pula menjadi pusat kekuatan Dinasti Buwaihi.

Kota itu menjadi pusat kekuatan Dinasti Buwaihi dibawah kepemimpinan Ali bin Buwaihi.  Dia adalah anak tertua dari tiga bersaudara – putra Abu Syuja Buwaihi – yang mendirikan Dinasti Buwaihi. Kedua saudaranya yang lain, yakni  Hasan bin Buwaihi menguasai wilayah Rayy dan Jabal (Iran), dan Ali bin Buwaihi menguasai wilayah Irak.  Pada masa kekuasaan Dinasti Buwaihi, Isfahan menjadi  salah satu pusat peradaban Islam.

Setelah kekuasaan Buwaihi jatuh pada 1055 M,  kota Isfahan berada dalam lindungan Dinasti Seljuk.  Pada masa kepemimpinan Malik Shah I, Isfahan kembali menjadi ibukota dan pusat peradaban Islam. Pada masa itu, kota tersebut menjadi salah satu metropolitan terpenting di dunia. Pada abad ke-11 M, ilmuwan Muslim terkemuka, Ibnu Sina menetap dan mengajar di kota itu.

Pada 1387 M, Isfahan diambil alih Dinasti Timurid pimpinan Timur Len atau Tmurlane atau Tamerlane. Pada awal pemerintahanya, Timur memperlakukan penduduk Isfahan dengan cukup beradab. Namun, masyarakat setempat mula merasa tertekan dengan dasar cukai yang membebankan sehingga mereka memberontak. Pemungut cukai dan tentara Timur dibunuh. Timur yang murka memerintahkan agar Isfahan dibantai. Kononnya, sekitar 70 ribu warga Isfahan tewas dalam pembantaian tersebut.

Kota Isfahan kembali mencapai masa kejayaaannya di era Dinasti Safawi. Shah Abbas I berhasil mengalahkan rejim Timurid dan menawan kota. Sejak itu, kota ini mulai mengumpulkan kekuatan dan kehormatannya kembali. Shah Abbas terus menggiatkan pembangunan dan mengundang ahli-ahli segenap bidang yang terbaik untuk tinggal di sana. Maka terbangunlah 163 masjid, 48 madrasah, 1.801 kedai, dan 263 tempat mandi umum di Isfahan.

Dalam bidang seni pula , gaya arkitektur bangunan-bangunan dari era Kerajaan Safawi sangat ketara, misalnya Masjid Shah (Masjid-I Shah); Masjid Syaikh Lutfallah; dan Jembatan Khaju yang dibangun pada masa Syah Abbas I. Unsur seni lainnya seperti kraft tangan, karpet, permadani, pakaian, ceramik, tenunan, tembikar, dan seni lukis. Seni lukis mulai dirintis pada masa Syah Tahmasp.

Kemasyhuran Isfahan telah menjadi magnet bagi pendatang dari berbagai latar belakang. Hasilnya, pada abad ke-17, penduduk Isfahan mencapai setengah juta orang. Segala yang ada di Isfahan membuat keharuman namanya terdengar hingga ke Eropa dan mengundang perhatian mereka. Bahkan Isfahan mendapat julukan sebagai Separuh Dunia karena hampir segalanya boleh diperolehi di sana.

Isfahan mula mengalami kemunduran setelah kekalahan Dinasti Safawi kapada gerombolan penakluk dari Afghanistan pada 1722. Selain itu. para pedagang mulai meninggalkan Laluan Sutera setelah ada jalan alternatif perdagangan melalui laut yang dipelopori oleh pelayar/pedagang Eropah. Kini, kita masih tetap boleh mengenali Isfahan lewat berbagai peninggalan sejarah yang masih tersisa. Untuk melawat kota yang mempunyai tempuh sejarah yang sangat panjang seperti Isfahan ini, ianya perlu dilakukan dengan tidak tergesa-gesa.

Isfahan-Itinerary-maps

Mungkin tempat tumpuan (Point of interest) tidak sebanyak kota lain, tetapi setiap tempat tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri yang akan mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Untuk itu kami menghabiskan masa selama 3 hari 4 malam di sini. Itinerary sepanjang di Isfahan : Sio Se Pol Bridge

  1.  Hasht Behesht Palace
  2.  Chehelsotoon Palace
  3.  Qeysarie Gate
  4.  Sheikh Lotfollah Mosque
  5.  Imam Square
  6.  Aali Qapu
  7.  Naghsh-e Jahan Mosque
  8.  Khajoo Bridge

 

SI-O-SEH POL BRIDGE

163739ef9vj5f5lj9899a5.jpg.thumb

Nun di Selatan kota Isfhan mengalirnya sebuah sungai yang bernama Zayandarud, sungai ini cetek dan tidak sesuai digunakan oleh kapal-kapal dan bot, namun ianya sebagai sumber bekalan air bersih ke sekitar kawasan yang berhampiran. Pada peringkat awal pemabanguna kota Isfahan, kedudukan sungai ini terletak jauh diluar sempadan pembangunan kota. Selepas melalui beberapa transformasi pembangunn akhirnya sungai ini menjadi sebahagian darpdada landscape kota ini.

163414ru5938eennvor9tc.jpg.thumbIsfahan telah dipilih sebagai pusat pemerintahan empayar Safawid oleh Shah Abbas pada 1598. Antara ciri yang telah menarik perhatian beliau ialah kedudukan nya yang strategic dan kejernihan sungai Zayandrud serta landscapenya yang cantik. Justeru dalam proses urbanisasi bandar ini, pembinaan jembatan-jembatan yang merentasi sungai Zayandarud ini bukan sahaja sebagi penghubung tetapi juga sebagai nilaitambah kapada perkembangan senibina dan seni kejuruteraan Safawid.

163641f992f6c23agqq3iz.jpg.thumb

Sio Se Pol Bridge ataupun dikenali juga sebagai Allahverdi Khan Bridge dibina pada 1607. Terbina daripada 30 struktur arc yang bersaiz sama. Panjang jembatan ini ialah 300 meter. Memandang sungai Zayandarud adalah cetek dan tidak sesuai untuk pengangkutan, maka sturktur jembatan ini telah direkabentuk untuk lebih kapada keharmonian senibinanya beradun mesra dengan landscap kota dan bangunan-bangunan lain nya. Dan ianya menjadi salah satu monumen icon untuk bandar ini masa kini. Melawat Isfahan tidak sah jika tidak bejalan kaki melintasi jembatan yang sangat cantik ini. Sehinggakan seorang penulis sejarah dan diplomt British sir Percy Sykes pernah menyifat jembatan ini, walaupun sudah mereput, masih lagi antara yang tercantik didunia.

Siesepol Collage

Jambatan dua tingkat diperbuat daripada susunan batu-bata pejal berbentuk arch. Tingkat atas untuk pejalan kaki dan tingkat bawah dahulunya tempat istirehat pembesar negara, mereka minum teh di rumah teh (tea house) sambil menikmati keindahan pemandangan Isfahan .