Iran – Part 3

Hasht Behesht Palace

Hasht-Behesht-palace-isfahan-12183568

Menggabungkan senibina Parsi dan juga Mughal dari india. Hasht Behesht Palace atau Palace of the Eight Paradises antara bangunan yang paling mewah dizaman Safawid. Dibina pada tahun 1699 oleh Shah Soleiman,sebagai paviliun untuk para pembesar mengadakan majlis social. Bersegi lapan dengan sebuah dewan kubah yang besar di bahagian tengah.

hashbehest Collage

Walaupun telah terlalu lama terbiar, kecantikkan nya masih menyerlah dengan seniukir cermin yang halus dan juga hiasan jubin spandrel. Sayang sekali warisan sejarah yang tersisa ini dibiarkan usang begitu sahaja.

Chehel Sotoun

131928yawqoguz8uch8oag.jpg.thumb

Sebuah paviliion, sebuah monument dan sebuah masterpiece. Sesungguhnya bangunan ini terlalu cantik dan halus dalam setiap segi. Taman sekelilingnya pun sudah cantik dengan kolam air yang tenang dengan senitaman yang digubah rapi. Senibina parsi dengan tiang-tiang kayu dengan ukiran berjalar sehingga ke bumbungnya. Seni mural yang halus, seni cermin yang mengadun refleksi cahaya yang sangat romantis, lukisan-lukisan lama yang tiada tanding nilainya. Dari bangunan nya , tiang nya, tingkapnya, dinidngnya apatah lagi hiasan dalaman nya, segalanya adalah masterpiece yang ditinggalkan untuk kita dan generasi seterusnya supaya dapat ditatap dan menghargai betapa halusnya seni ukir Islam. Senibina Islam Isfahan yang terkena telah mempengaruhi senibina masjid-masjid di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

chehel 1

 

Dibina oleh Shah Abbas II pada tahun 1647, Chehel Sotoun merupakan pavilion yang digunakan untuk entertain delegasi atau tetamu diraja .  Dalam istana ni boleh tengok seni kaca yg sangat halus. Interior istana ni memang stunning. Penuh dengan lukisan dinding dan lukisan ceramic. Full of masterpieces. Bahagian atas ada 6 lukisan dinding yang menggambarkan empayar Safaviddan jugak kekuatan tenteranya pada masa tu..