DAY 8 & 9 – UMOLJANI & BJELASNICA

Perkampungan dilembah gunung.

Umoljani adalah sebuah perkampungan terpencil terletak di pinggir pergunungan Bjelasnica, sebuah pergunung yang menjadi tumpuan peminat sukan ski. Daripada Mostar kami mengambil kira-kira 2 jam dengan kereta untuk sampai ke sini, dengan jalan yang agak mencabar, selekoh tajam ditepian juram yang dalam dgn jalan yang sangat sempit.. Umoljani terkenal dikalang trekker., antara trekking yang terbaik di Bosnia terutama laluan untuk ke Lukomir, Rakitinica Canyon dan Studeni Potok. Trekker2 tegar dari seluruh Eropah amat gemar untuk trekkign di sini.

 

Terdapat sebuah masjid terletak di jalan utama yang mempunyai menara kubah yang unik dan masjid ini telah dinobatkan sebagai salah sebuah monument kebangsaan Bosnia. Disini juga terdepat beberap kincin air (water mills) terletak di sungai Sedenik, dan juga beberapa struktur-struktur kuno yang dipercayai peninggalan sejak Zaman Pertengahan (Middle Ages).

 

Pemandangan indah sekitar kampung Umoljani.

 

Kami menginap satu malam di sebuah log cabin milik penduduk tempatan. Dapat merasa kehidupan orang kampung disini dan merasa makanan tempatan mereka yang sungguh sedap.

BJELASNICA

Bjelasnica ialah sebuah kawasan pergunungan di tengah-tengah Bosnia yang menjadi tumpuan penggemar sukan ski dan trekking. Jaraknya yang hanya 25km dari Sarajevo menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian hujung minggu bagi penduduk kota. Puncak paling tinggi ialah 2067 metre. Sebahagian daripada kawasan ini pernah menjadi medan pertempuran sengit semasa perang Bosnia dan Pengepungan Sarajevo pada 1992-1995 terutama di kawasan gunung Igman.
Beberapa acara Sukan Olympik musim sejuk pada 1984 telah diadakan disini.
Pada musim panas suhu adalah 24 C manakala musim sejuk boleh mencecah -41 C.

 

Previous