DAY 7 & 8 – MOSTAR & BLAGAJ

Hari ke tujuh kami di Bosnia. Perjalanan 170km dari Jajce ke Mostar mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.  Melalui landscape yang cantik dan menarik.

 

Mostar is the city of contrasts, wide roads, narrow streets, the traditional Kujundziluk (old bazaar) and a contemporary center, a city in which the culture and art of the east and west meet, which have left visible traces that have with stood the test of natural forces and rulers. Next to modernly built edifices there rise the towers of churches and the minarets of mosques. Nonetheless, the most magnificent stone monument is the Stari Most (Old Bridge), built in 1566 according to the plans of Hayruddin, the great Turkish builder of the 16th c. it has a large stone arch and has been entered on UNESCO’s World Heritage List.

 

Icon utama Mostar ialah Stari Most.Jembatan peninggalan Uthmaniyah ini merentasi sungai Neretve, panjang 30m dan lebar 4 meter dengan ketinggian 24 metre. Telah diresmikan oleh Sultan Suleiman II pada 1557. Dibina oleh Mimar Hayruddin, anak murid Mimar Sinan, akitek tersohor Turki dizaman Uthmaniyah. Jembatan ini mengalami kemusnahan total pada 9 November 1993 akibat perang Bosnia. Dihujani dengan 60 bedilan mortar sebelum jembatan ini tewas rebah ke bumi. Dibina semula pada 7 June 2001, hasil kerjasama daripada UNESCO, kerajaan Bosnia dan badan atnrabangsa. Siap pada 23 July 2004 dengan belanja 15.5 juta USD.

 

Sebagaimana Sarajevo dan Travnik, Mostar juga tidak tertinggal dengan adunan karektor Uthmaniyah dan Asutria-Hungarian. Lorong-lorong sempit berturap batu ‘cobble, kubah dan minaret gaya Sinan, facade batu-batan kasar mendominasi senibina bandar ini diadun rapi menjadikan bandar ini begitu memukau dan photogenic. Tidak sukar untuk menghala lensa kamera, disudut manapun, akan menghasilkan gambar yang cantik.

 

Mengabadikan kenangan di Mostar, adalah ssesuatu yang pasti akan dilakukan oleh setiap pengunjung disini. Keindahan dan sejarahnya wajar dicatat dalam memori kembara.

TEKKE BLAGAJ

Lebih kurang 18 km dari Mostar terdapat satu lagi tempat menarik iaitu Blagaj. isni juga terdapat legasi Uthmaniyah yang agak penting untuk pengkaji sejarah Bosnia. Tempat suluk para ahli sufi atau darwish mengasingkan diri dan beribadah. Tarekat Bektashi, Helvati, Qadiriyah dan terakhir aibni Mustafa , terletak dipersisiran sungai Buna. Ketenangan tempat ini disamping keindahan sungai dan jeram nya mungkin antara penyebab tempat ini dipilih sebagai tempat pembersihan rahani oleh pengamal-pengamal tarekat ketika itu. Terdapat juga makam-makam lama berhampiran disini. Antara yang disemadikan di sini ialah Sari saltuk dan Acik Pasha yang merupakan ahli sufi bebangsa Turki dari aliran tarekat Bektashiyah dan dipercayai Murshid bagi tarekat tersebut.

 

Sedikit mengenai Tarekat Bektashiah.

Tarekat bektashiyah diasaskan oleh Syekh Hünkar atau lebih dikenal dengan Hajji Bektash Wali, seorang sufi yang terkenal pada abad ke-13 di zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Mula berkembang di Asia Tengah masuk ke Anatolia melalui Hajji Bektash Wali. Menjadi pesaing kapada aliran sufi Jalaluddin Rumi pada ketika itu, dan banyak persamaan dengan Tarekat Mawlawi.

Pada abad ke-16 doktrin Bektashiyah telah diserapkan dan menjadi kurikulum wajib dalam pasukan tetntera elit Jenisary Turki. Dari Anatolia aliran Bektasyiah berkembang sehingga ke Balkan dan memberi impak yang besar di banyak daerah di Albania, Bulgaria, Macedonia dan juga Bosnia.

 

Bektashiyah terus berkembang sehingga Perang Dunia Kedua. Setelah soailis-komunis bertapak di Yugoslavia dan beberapa negara Eropah Timur pada tahun 1945, beberapa darwish Bektasyiah telah dihukum bunuh dan bermulalah pengharaman dan sekatan terhadap pengaruh Bektashi . Akhirnya, pada tahun 1967 semua tekke ditutup semua upacara keagamaan disekat. Sehinggalah tahun1990 sekatan keatas aliran ini ditarikbalik.

Kini ajaran Baktasyiah masih diamalkan di Albania, 20% daripada Muslim disana mengiktiraf diri mereka sebagai pengamal dan pengikut tarekat Bektashism.

SILSILAH TAREKAT BEKTASHIYAH:
1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Imam Husain bin Ali
3. Imam Ali Zainal Abidin bin Husain
4. Imam Muhammad Al-Baqir
5. Imam Ja’far As-Sadiq
6. Imam Musa Al-Kazim
7. Imam Ali Ar-Ridha
8. Junayd Al-Baghdadi
9. Abu Uthman Maghribi
10. Abu’l-Kasim Gurgani
11. Abu’l-Hassan Karkani
12. Syeikh Abu Ali Farmadi
13. Khawaja Ahmad Yesevi
14. Sheikh Luqman Perende
15. Pir Munkar Haji Bektash Veli

 

Terdapat juga cafe dan restaurant di sini. Turkish tea dan jugak turkish grill antara menu yang sangat menyelerakan.

 

Previous  |  Next