DAY 5 & 6 – TRAVNIK & JAJCE

DAY 5 – TRAVNIK

Travnik, sebuah lagi kota pelancungan yang bersejarah.Tereletak kira-kira 90 km dari Sarajevo. Kota ini pernah menjadi ibu negara Bosnia pada 1699-1850. Menjadi pusat pentadbiran dan ketenteraan Empayar Othmaniyah dalam siri penaklukan mereka ke wilayah-wilayah lain. Agak gemilang di zaman nya, Travnik yang mendapat jolokan sebagai “European Istanbul” dan” Most Oriental Town in Bosni. Telah ditransformasikan oleh Uthmaniyah dari sebuah lembah yang tiada apa kapada sebuah bandar, mereka membina masjid-masjid dan madrasah , jalan, sistem bekalan air dan infrastuktur, yang berjaya menarik pedagang-pedagang dan menjadi tumpuan para pembesardan penduduk sekeliling.

 

Perjalanan dari Sarajevo ke Travnik mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan kereta. Perjalanan lancar dengan melalui pemandangan landscape yang cantik. Kejap ada sali, kejap takde, bergantung pada kawasan dan altitude.

 

Plava Voda – Sangat cantik, banyak restoran dan cafe disini. Sesuai untuk secawan kopi atau minum petang sambil menikmati keindahan aliran air sungai yang jernih.

 

Stari Grad

Merupakan tarikan utama di Travnik. Salah satu yang kubu lama yg masih terpelihara dgn baik. Tidak ada rekod tahun dan tempoh pembinaan. Ahli-ahli sejarah sependapat bahawa ia dibina pada separuh kedua abad ke-14 atau separuh pertama abad ke-15. Daripada struktur dan detail pembinaan dipercayai pembina asal adalah King Tvrtko II Kotromanić, dan mungkin jugak King Stjepan Dabiša.

Kubu ini jugak dipercayai pernah menjadi kubu tentera Turki. Pada tahun 1953 kubu ini telah diletakkan di bawah naungan Muzium Travnik, dimana kerja pembersihan dan pemuliharan bermula. Proses pembaharuan dan pemulihan kubu telah dimulakan pada tahun 1999. Stari grad hari ini merupakan sebuah monumen kebangsaan Bosnia Herzegovina.

 

Kebetulan waktu lawatan kami cuaca agak berkabus. Diwaktu cuaca terang, boleh ligat keseluruhan bandar Travnik dari sini

 

Serena Dzamija – Masjid berwarna warni, yang terletak di Travnik, di kawasan yang dikenali sebagai Lower bazar, dan dibina pada abad ke-16 oleh Gazi-aga. Musnah dalam kebakaran pada tahun 1815, dan dibina semula oleh wazir Bosnia Suleiman Pasha Skopljak.

DAY 6 – JAJCE

Terletak 250 km dari Sarajevo. Bandar tempat penubuhan Socialist Federal Republic of Yugoslavia pada 1943. Parti kukubesi yang berfahaman sosialis, memerintah Yugoslavia semenjak perang dunia ke e sehiinggalah pembubaran nya pada 1990.

 

Antara yang menarik di Jajce. Waterfalls dan Water mills

Air terjun Pliva, terletak di tengah-tengak bandar Jajca. Berukuran setinggi 17 m dan antara 12 airterjun tercatik di dunia. Ambil lah gambar dari sudut mana pun, ianya tetap memukau.

 

Previous  |  Next