DAY 4 – PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SREBRENICA

Dah masuk hari keempat. Destinasi kami pada hari ini ialah melawat memorial pembunuhan beramai-ramai di Potocari, Srebrenica. Lokasi tempat ini agak jauh, terletak di wilayah majoriti etnik Serb iaitu  Spraska yang berhampiran dengan sempadan Serbia. Kenderaan awam kesini agak terhad dan complicated. Travel agent pula memint bayaran yang terlalu tinggi untuk kesini. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menyewa kereta yang akhir nya kereta sewa ini kami gunakan untuk destinasi-destinasi berikutnya.

 

Peta arah dari Sarajevo ke Memorial Potocari. Perjlanan mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui kawasan-kawasan perkampungan, beberapa bandar kecil, pergunungan dan kawasan hutan. Keadaan jalan agak ok, jalan selorong (bukan highway) dan kena melalui beberapa selekoh tajam. Tak boleh nak bawak laju kat jalan ni.

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI

Tiada yang menarik sangat di sini, kecuali memorial pembunuhan berama-ramai keatas penduduk Muslim oleh puak Serb

Memorial Pembunuhan Beramai-ramai Srebrenica, dikenali juga sebagai Memorial Srebrenica-Potočari merupakan kompleks perkuburan mangsa penghapusan etnik yg berlaku pada tahun 1995. Kebanyakan mangsa adalah bangsa Bosniak (Bosnian muslim) dan beberapa bangsa Croatia. Mangsa pembunuhan beramai-ramai telah dikenal pasti melalui analisis DNA.Sebanyak 8372 mangsa telah dikebumikan disini.

 

 

Merupakan pembunuhan beramai-ramai terburuk di Eropah sejak Holocaust Perang Dunia Kedua . Dalam kejadian ini kira-kira 25,000 pelarian Bosniak dlm keadaan yg sangat cemas, kritikal dan desperate berkumpul didalam sebuah bekas kilang bateri, menunggu bantuan pemindahan dari UNPROFOR. Namun sebelum sempat mereka dipindahkan, pada 13 July 1995 tentera Serb yg diketuai oleh Ratko Mladic, telah mengarahkan supaya lelaki Bosniak dan remaja lelaki dipisahkan dari yang lain dan kemudian kesemua mereka dibunuh dgn kejam. Dan juga ramai wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol dan dibunuh.

Pasukan pengaman PBB Belanda ditempatkan di Srebrenica (Dutchbat) tidak berbuat apa-apa. Kira-kira 8,000 orang Islam Bosnia dan kanak-kanak lelaki dibunuh dgn kejam oleh tentera Serb Bosnia. Ramai wanita dan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol dan penderaan seksual dan lain-lain bentuk penyeksaan sebelum dibunuh.

 

Antara kekejaman Serb Menurut Zumra Šehomerovic:

Tentera Serb sentiasa mencari dan menarik kanak-kanak perempuan dan wanita muda daripada kumpulan pelarian untuk dirogol. Mereka sengaja merogol secara terangan disaksikan dihadapan pelarian malah ramai dirogol dihadapan ibu mereka sendiri.

Seorang wanita dengan bayi kecil berusia beberapa bulan. Tentera Serb menyuruh ibu bayi tersebut menghentikan tangisannya. Tetapi bayi itu tidak berhenti menangis, lalu bayi tersebut disentap dari pangkuan ibunya lalu disembelih dikerongkongnya. Kemudian tentera Serb tersebut berlalu sambil ketawa.

Seorang gadis, berusia kira-kira sembilan tahun. Tentera Serb menyuruh abang gadis tersebut merogol gadis itu. Si abang tidak sanggup melakukannya, lalu si abang di bunuh dgn lehernya disembelih.

 

Senarai nama-nama yang dikebumikan di sini. Setakat ini sejumlah 8372 mangsa disemadikan di sini. Tidak ada yang selamat dalam peristiwa tersebut, dari orang tua hinggalah ke kanak-kanak.

 

Barisan batu-batu nesan meliputi sebahagian besar kawasan ini.

 

Srebrenica terletak kira-kira 7.0 km dari memorial Potocari. Sebuaah bandar cowboy atau dikenali sebagai “ghost town” oleh penduduk tempatan. Sebuah bandar mati yang terletak berhampiran dengan sempada Serbia. Tidak ada yang menarik disini. Namun bandar kecil ini telah menjadi tajuk utama dalam akhbar-akhbar dan juga media elektronik pada 1995. Pembunuhan kejam kaum Serb yang beragama Kristian Othordox telah menyembelih secara beramai-ramai lebih 8000 bangsa Bosnia yang beragama Islam. pelupusan etnik yang dilaksanakan secara sistematik ini telah mendapat kecaman seluruh dunia. Massacre yang paling kejam dalam sejaran moden peradaban manusia selepas holocaust Nazi di Eropah.

 

Antara pemandangan sepanjang perjanan Sarajevo ke Srebrenica

 

Previous  |  Next