DAY 3 – SIEGE OF SARAJEVO & MASJID MALAYSIA

Hari ini melawat beberapa tempat bersejarah semasa pengpungan Sarajevo (Siege of Sarajevo). Kami guna khidmat Funky Tours dengan charge EURO 20 seorang dan mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Sebelum tercetusnya perang Bosnia pada 1992, republic Yugoslavia yang terdiri daripada tiga etnik utama iaitu Serb, Bosniak dan Croats hidup dalam keadaan aman. Pemerintahan diktator Persekutuan Sosialis Republik Yugoslavia berjaya menyatukan puak-puak ini melalui dasar kuk besi yang ketat. Tiada ruang untuk sentimen-sentimen kebangsaan, perkauman dan keagamaan, hukuman mati sentiasa menanti kapada mereka yang cuba menhidupkan sentiment-sentimen ini. Namun keadaan mula tidak terkawal semenjak kematian Marshall Josip Bros Tito pada 4 May 1980. Keretakkan semakin ketara, setiap kumpulan etnik mahukan kemerdekaan Yugoslavia dari cengkaman komunis mengikut cara mereka. Puak Serb dan Croat menuntut supaya Yugoslavia dipecahkan mengikut etnik , tetapi ditolak oleh kaum Bosniak (Muslim Bosnia).

Pada 3 March 1991,  Republik Bosnia Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan meraka dan sebulan kemudian iaitu pada 6 April 1992 pihak EU (Europinan Union) telah mengiktiraf Republik Bosnia Herzegovina sebagai sebuah Negara merdeka. Ini telah menimbulkan kemarahan kapada etnik Serbs (yang disokong oleh Serbia) dan juga Croats maka bermulalah konflik berdarah di Bosnia yang membawa kapada beberapa siri kekejaman oleh pihak Serb keatas Bosnia Muslim dan bermulanya pengepungan keatas Sarajevo oleh puak Serbs.

Puak Serb yang serba lengkap dengan artileri dan senjata berat telah menguasai beberapa kawasan bandar termasuk lapangan terbang dan juga kawaan pergunungan sekeliling Sarajevo dan pada 2 May 1991, Sarajevo telah dikepung sepenuhnya oleh Serbs. Bekalan makanan, ubat-ubatan, air dan elektrik terputus sama sekali sepanjang 3 tahun pengepungan tersebut. Setiap hari  Sarajevo dihujan lebih dari 300 tembakan mortar dari puak Serb.

Pengepungan Sarajevo adalah antara yang terpanjang dalam sejarah modern. Lebih panjang dari pengpungan Lelningrad dan Stalingrad.

TUNNEL OF HOPE

Tempat pertama lawatan kami ialah sebuah terowong yang digelar Tunnel of Hope. Terowong yang dibina secara sukarela dan secara manual oleh penduduk tempatan dan para pejuang Islam Bosnia. Terowon yang berperanan besar dalam kelangsungan perjuangan tentera Islam Bosnia mempertahankan Sarajevo. Dibina pada March 1993 sebagai laluan perhubungan antara kawasan yang terpisah akibat penguasaan tentera Serbs. Terowong sepanjang 1 km ini menghubungkan antara Dobrinja dan Butmir telah disifatkan sebagai nadi kepada tentera Islam Bosnia mempertahankan Sarajevo daripada jatuh ke tangan puak Serb. Melalui terowong ini lah tenetra islam Bosnia memperolehi bekalan senjata , makanan, ubat ubatan dan menghantar tentera yang cedera untuk mendapatkan rawatan.

  • Muzeum dan entrance

  • Our group

  • Gambar Kenangan

Setelah selesai Tunnel of Hopr kami dibawa ke salah satu kawasan pergunungan di Trevebic dimana tentera Serb menempatkan askar dan artileri mereka dan juga beberapa tempat persembunyian sniper yang sentiasa menunggu mangsa sepanjang perang.

Pada tahun 1984, Sarajevo telah menjadi host untuk sukan Olympic musim sejuk. Antara acara sukan paling berprestij di dunia. Kemudahan yang dibina adalah antara yang tercanggih pada waktu itu. Salah satu nya ialah track luncur Bobsleigh. Hanya 8 tahun selepas itu Sarajevo menjadi medan pertempuran, kemudahan-kemudahan yang telah dibina dengan kos yang tinggi terbiar usang .

MASJID MALAYSIA

Selepas Siege of Sarajevo tour destinasi kami berikutnya ialah Masjid Malaysia. Masjid ini terletak kira-kira 6 km dari pusat bandar, di kawasan kejiranan Nova Breka. Dari Bascarsija kami menaiki teksi yang mengambil masa kira-kira 10 minit dengan tambang BM10.00.
Siap dibina pada 2002 dengan ko RM1.8 juta. Masjid yang menjadi lambang persaudaraan antara Bosnia Herzegovina dengan Malaysia. Semasa perang Bosnia, Malaysia telah memainkan peranan aktif menyalurkan bantuan kapada Bosnia. Salah satu sebab nama Malaysia agak harum di bumi Bosnia. Diresmikan oleh Tun Abdullah Badawi pada 2004.

Seni ukir Melayu diserapkan dalam hiasan dalaman masjid ini dengan ukiran kayu jati dipintu masuk serta panel-panel kayu di bahagian siling kubah. Kayu-kayu berukir ini dibawa khas dari Malysia.

Berkesempatan bertemu dengan Imam Masjid Al-Fadhil Elvedin Klisura. Seorang Imam muda berusia 35 tahun, telah beberapa kali melawat Malaysia

 

Previous  |  Next