DAY 2 – JALAN-JALAN SARAJEVO

 

Mungkin tidak seromantis Paris, mungkin tidak se gah kota London, tidak metropolitan seperti Amsterdam atau Rome atau kota2 lain. Tetapi perjalanan kehidupan kota ini penuh dgn warna-warni, mempunyai cerita sejarah yg panjang, suka duka. Kota yang baru sembuh dari luka peperangan, legasi Uthmaniyyah teradun sebati dengan warisan Austro-Hungarian, tempat pertembungan pelbagai budaya dan agama, kota yang sedang bingkas meninggalkan parut-parut sengsara yang silam. Kota yang mesra disapa, ramah dengan berbagai cerita.

Hari ini kami akan jejalah beberapa spot penting dengan jalan kaki. Sarajevo sebenarnya bukan lah besar sangat.

 

 

Peta Itinerary pada hari ini. Bermula dari Emporers Mosque menuju ke Latin’s Bridge kemudian ke Gazi Guzrev Mosque, menyusuri Ferhadija Street menuju ke Ethernal Flame, jalan lagi melintasi Ali Pasha Mosque, rehat sebentar di Sarajevo City Centre kemudian menghala balik ikut tepi Sungai Miljacka, ambik gambar di hadapan Fine Arts Academy dan terus menuju semula ke hotel.

EMPORER’S MOSQUE

Selesai sarapan pagi di hotel, kami memulakan langkah dengan menuju ke destinasi pertama kami iaitu Masjid Mahajara atau Emporer’s Mosque yang terletak berhampiran dgn hotel.Dibina pada tahun 1457 ,salah satu mercu tanda penting bagi Sarajevo, bercirikan senibina Othmaniyah , juga merupakan masjid tercantik di zaman Othamiyah di Bosnia. Masjid ini pernah mengalami kerosakkan teruk semasa Perang Dunia ke 2. Penempatan awal Sarajevo bermula daripada disekitar masjid ini apabila wakil Sultan mambina kediaman nya berdekatan dengan masjid ini.

LATIN’S BRIDGE

 

Dibina pada zaman Uthmaniyyah. Diatas jembatan inilah berlakunya pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria oleh Gavrilo Princip pada tahun 1914, yang membawa kapada tercetusnya Perang Dunia Pertama. Jembatan ini dipercayai antara yang tertua di Sarajevo, dibina sekitar 1541. Sentuhan Othmaniyah sangat jelas.

GAZI HUSREV-BEG MOSQUE

 

Dibina pada abad ke-16, terbesar dan paling bersejarah di Bosnia dan Herzegovina dan yang paling jelas unsur senibina Othmaniyyah di Balkan.

Dibina pada 937 Hijrah (1530/1531 M) Nama arkitek tidak jelas, tetapi sentuhan Mimar Sinan agak ketara dengan Konsep pelbagai kubah (multi dome) serta ruang segi empat tepat pusat, dikelilingi oleh tembok tinggi dan ditutup dengan deretan kubah sebagai struktur utama.

Merupakan masjid yang pertama di dunia yang menerima bekalan elektrik iaitu pada tahun 1898 semasa era Empayar Austria-Hungary.

 

FERHADIJA STREET

Daripada Gazi Husrev Beg Mosque, kami menyelurusi sebuah lorong pejalan kaki yang paling terkenal dan paling sibuk di Sarajevo. Tempat untuk bersantai sambil window shopping atau pekena coffe di salah satu cafe yang banyak terdapat disepanjang lorong ini. Senibina bangunan kiri kanan sepanjang lorong ini sangat cantik yang kebanyakkan dibina semasa zaman Empayar Austro-Hungarian. Berbeza dengan Bascarsija, yang lebih mirip kapada Othmaniyyah.

 

Firhadija Street

ETERNAL FLAME

Berjalan sepanjang Ferhadija Street menghala ke arah barat akhirnya sampai di Eternal Flame yang terletak di titik pertemuan antara Ferhadija Street dengan Marsala Tita.  Merupakan sebuah memorial untuk memperingati mangsa Perang Dunia Kedua. Dibuka dengan resminya pada 6 April 1946 semasa ulangtahun pertama pembebasan Sarajevo daripda cengkaman Nazi yang menduduki Sarajevo selama empat tahun. Api ini dikatakan tidak pernah padam semenjak perasmian nya (1946) kecuali semasa berlakunya Perang Bosnia (Siege of Sarajevo) pada 1991 hingga 1994.

ALI PASHA MOSQUE

 

 

 

Masjid Ali Pasha ini dibina pada tahun 1560, dengan ciri senibina Istanbul klasik..Tidak lagi berfungsi sebagai masjid, lebih kapada tempat kuliah ugama dan perayaan keagamaan. Masjid ini mengalami kerosakkan yang teruk perbuatan tentera Serbia semasa Perang Bosnia. Telah dbaiki beberapa kali dan kerja baik pulih terakhir ialah pada 2004.

 

Ali Pasha Mosque

SARAJEVO CITY CENTRE

 

Sarajevo City Centre (SCC) adalah kompleks membeli belah yang terbaru dan termodern di Sarajevo. Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan merupakan tumpuan utama penduduk tempatan untuk membeli barangan berjenama. Terdapat juga rangkaian cafe antarabangsa seperti Starbucks, Karibou, Costa, Paul dan banyak lagi.

 

Sarajevo City Centre

SNIPER’S ALLEY

Sniper Alley atau lorong penembak tepat adalah nama jolokan kapada Zmaja od Bosne street dan juga Meša Selimović Boulevard, tempat yang paling merbahaya sepanjang pengepungan Sarajevo (Siege of Sarajevo) dimana terdapat port-port penembak tepat (sniper) yang akan menembak siapa sahaja yang melintas atau melalui kawasan ini. Bukit-bukit berhampiran juga menjadi tempat sniper menanti mangsa. Meskipun demikian demi kelangsungan hidup, penduduk tempatan terpaksa juga memberanikan diri melintasi kawasan ini untuk mencari bekalan makanan dan air dan mereka selalunya berlindung disebalik kenderaan pengaman PBB yang lalu dikawasan ini sebagai perisai. Seramai 1,035 orang tercedera dan 255 terbunuh dimana 60 daripadanya kanak-kanak sepanjang krisis tersebut.

 

Hotel Holiday In yang terletak ditengah-tengah kawasan penembak tepat (Sniper Alley) menjadi pengkalan kapada pemberita-pemberita antarabangsa dari CNN, BBC, CNBC, Rueters dan AFP untuk mendapatkan liputan terkini.

MENYELUSURI SUNGAI MILJACKA

 

Selepas berehat sebentar untuk memghilangkan penat di Sarajevo City Centre, kami berpatah balik ke arah Bascarsija melalui jalan ditebing Sungai Miljacka. Sungai sepanjang 10 km ini mengalir merentasi tengah-tengah bandar Sarajevo. Jembatan-jembatan lama peninggalan empayar Othamiyyah yang merentasi sungai ini adalah pelengkap kapada landskap bandar ini ,menjadikan nya sebuah kota yang agak romantis. Semasa perang Bosnia 1992, sungai ini telah mengalami pencemaran yang sangat tinggi. Kini pihak penguasa tempatan menjalan beberapa usaha untuk mengurangkan pencemaran tersebut sehingga ke paras sifar. Salah satu kaedah yang terbukti berkesan ialah aliran bertingkat (cascaded flow) dimana dasar sungai terpelihara daripada hakisan, kandungan oksigen bertambah dan juga bertindak sebagai jerangkap sampah sarap.

 

Laluan Pejalan Kaki

Academy of Fine Arts

 

Tamat perjalanan hari ini. Sekarang kami nak cari tempat makan petang (cover sampai malam). As usual Bascarsija is the food haven in Sarajevo. berdekatan dengan Sebilj. Sebilj adalah pancuran air yang dibina semasa empayar Othmaniyyah.

  • Tempat makan dekat dengan Sebilj

 

  • Sekitar Sebilj

 

Previous  |  Next