ITINERARY & DAY 1

 

Bosnia dan Herzegovina salah sebuah negara di wilayah Balkan dengan keluasan 51,129 km² (19,741 batu persegi) dan jumlah penduduk sekitar 4 juta. Didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama: kaum Bosnia yang berugama Islam, kaum Serb berugama Kristian Othordox) dan Croat berfahaman Catholic. Warga Bosnia secara amnya dikenali sebagai Bosnians dalam bahasa Inggeris tidak kira apa bangsa mereka. Pemerintahan negara ini dilakukan secara perkongsian kuasa dan negara Bosnia sebenarnya terdiri daripada persekutuan dua buah wilayah autonomi, iaitu Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republika Srpska

 

 

Disempadani oleh Croatia di utara, barat dan selatan, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan, Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara yang dikelilingi oleh daratan kecuali di sebuah persisiran pantai Laut Adriatik yang sepanjang 20 km yang berpusat di bandar Neum. Pedalaman negara ini penuh dengan gunung-ganang dan juga sungai yang kebanyakannya tidak boleh ditempuhi. Ibu negara dan bandar terbesar ialah Sarajevo.

ITINERARY

 

Day 1

Arrived Sarajevo dah malam. Just pusing Bascarsija. Kebetulan hotel memang kat situ. Makan malam kat PASHA. Very nice cevapi and cheap. Stayed at President Hotel

Day 2

Bfast kat Ascinica Hadzibajric. Nice Bosnian cuisine. Visit Latin’s Bridge, Emperors Mosque, Ferhadja Street, Eternal Flame, Ferhdja Mosque, Snipers Alley, Sarajevo City Centre, Markale, Gazi Huzrev Bey Mosque. All by walking.

Day 3

Took a SIEGE OF SARAJEVO tour with Funky Tour Sarajevo. Very informative. EURO 20 sorang. Dia bawak ke Tunnel Of Hope, tempat askar Serbia kepung Sarajevo kat Trebevic, sniper nest, 1984 winter Olympics facilities. Pastu kami ke Breka Dzamija aka Malaysian Mosque.

Day 3

Collect kereta sewa (will use for the rest of our trip). Drive to Srebrenica. Almost 3 hrs driving. Sewa Opel Astra Auto dgn Economy Car Rental for 5 days.

Day 4

Checkout and drive to Travnik. Check in kat ABA Motel for 2 night. Jln2 Travnik. Plava Voda, old town, Serena Mosque and few other masjid

Day 5

Stari Grad. Drive to Jajce. Jln2 Jajce, water fall, water mills, Jajce old town. Drive back to Travnik.

Day 6

Drive from Travnik to Mostar. Stayed kat Villa Anri with bridge view. Pusing2 old town dan Stari Most bridge. Very stunning.

Day 7

Continue Mostar. Visit to Blagaj and have lunch. Check out and drive to Bjelasnica

Day 8

Bjelasnica ski resort and Umoljani

Day 9

Back to Sarajevo. And send Aqeel to airport. Pastu pegi Sarajevo kejap.

Day 10

Back to Doha.

 

Peta perjalanan menggunakan kereta sewa. Sarajevo ke Srebrenica, Sarajevo ke Travnik, Jajce, Mostar, Blagaj Bjelasnica dan Umoljani.

DAY 1

 

Sejujurnya, wilayah Balkan bukan lah satu destinasi pelancungan yg popular, belum lagi,masih boleh dikategorikan sebagaidestinasi rare atau off beaten’. Berbagai usaha promosi telah dibuat oleh pemerintah semenjak berakhirnya Perang Bonia 1995. Croatia adalah antara yang paling popular di Balkan. Namun demikian perhatian para pelancung mula tertumpu kapada Bosnia sejak kebelakangan ini. Bosnia mempunyai daya tarikkan yang tersendiri, sebuah destinasi yang ketara ‘under rated’. Mempunyai landscap yang sgt menarik, sejarah yang panjang, penduduk berbagai etnik yanng sangat ramah, makanan yang murah dan sedap.  

Mengisytiharkan kemerdekaan dari bekas Yugoslavia pada tahun 1991,tindakan yang telah mencetuskan beberapa rangkaian peristiwa yang menuju kapada tercetusnya Perang Bosnia – perang etnik dan agama. Puak etnik Serbia menentang keras pengisytiharan kemerdekaan tersebut, mereka lebih berminat memecahbelahkan wilayah tersebut mengikut etnik sejajar dengan dasar luar negara Serbia dan Croatia.

Setelah 2 jam setengah dalam penerbangan Turkish Airlines dari Attartuk Airport (IST) akhirnya kami mendarat di Sarajevo International Airport (SJJ).

 

Sarajevo International Airport – ditutup semasa Perang Bosnia sekitar 1992 hingga 1996

Setelah melalui process immigration dan bagasi, kami teruk ke balaik ketibaan dan disambut oleh pemandu kenderaan hotel yang membawa kami ke penginapan di Bascarsija. Sengaja kami memilih untuk menginap di kawasan ini kerana tempat-tempat tumpuan lawatan terletak di sekitar kawasan ini dan boleh dilawati dengan berjalan kaki.

Selepas check in, kami terus menuju ke kawasan yang berhampiran dengan Sebilj terus ke Pasha restaurant untuk memesan Cevapi. Ianya merupakan makanan tradisi Bosnia sejak zaman Empayar Othmaniyyah. Seakan sama dengan kebab kofte, dihidang dengan roti dan bawang mentah. Sangat enak dimakan waktu masih panas. Harganya agak murah.

Tips : 

Bosnia menggunakan matawang Bosnian Mark (BM). Tukar RM ke Euro di Malaysia, sampai di Bosnia baru convert ke BM.

Masa paling sesuai melawat Bsnia bergantung kapada tujuan lawatan. Kalau nak tengok salji dan bermain Ski boleh datang sekitar January hingga hujunh March. Musim panas Jun – September ialah peak season. Hotel kahal dan tempat tumpuan sesak dgn pelancung dan suhu boleh tahan panas. Paling baik datang buoan April, suhu sederhana, hotel tak mahal dan kurang sesak.

Tidak ada penerbangan terus dari KL ke Sarajevo. Kena transit Istanbul. Untuk jimat belanja boleh combine dgn lawatan ke Turkey. Dari Istanbul cuma 2 jam penerbangan ke Sarajevo, boleh naik budjet aurline Pegasus.

Kebanyakkan tempat menarik terletak di kawasan Bascarsija, jadi lebih baik pilih hotel kawasan ini. Tak perlu guna bus, tram atau teksi. Boleh jalan kaki

Bosnia adalah sebuah negara yang mudah dilawati. Boleh jalan sendiri tanpa guna agent. Kalau nak guna agent cari local agent di Bosnia. Elakkan guna agent di Malaysia, sebab mereka pun sub kapada agent di Bosnia menyebabkab harga agak mahal.

Home  |  Next